Skip to main content
Asian Festival of Children’s Content
23–26 May 2024

Kata-kata Berima memiliki kuasa untuk menjadikan pengalaman membaca memancing dan menyeronokkan. Bagi anak-anak kecil yang belum pandai membaca, mendengar Kata Berima diucapkan, seolah-olah mereka mendengar alunan muzik yang mengasyikkan. Pada dasarnya, kemampuan Kata Berima boleh menjangkau lebih dari itu. Yang amat menakjubkan, Kata Berima dapat memberi kesan yang besar pada kecergasan minda, daya tumpuan, kemahiran bahasa dan memori si anak.

Sertai Amanah Mustafi dalam pembentangan yang akan meneroka sinergi antara kata-kata berima dengan rasa ingin tahu kanak-kanak.

Rhymes possess the remarkable ability to infuse reading with a sense of whimsy and delight. For young children still honing their reading skills, engaging with rhymes is akin to listening to captivating music. Yet, the influence of rhyme extends far beyond mere enjoyment. Remarkably, rhymes can profoundly impact a child's cognitive development, enhancing mental fitness, concentration, language proficiency, and memory retention.

Join Amanah Mustafi as she explores the synergy between rhymes and the inherent curiosity of young minds, providing valuable insights for educators, parents, and storytellers alike.

writing curiosity cultural representation rhymes pantun poetry malay

Amanah Mustafi

Amanah Mustafi (Singapore)

Amanah Mustafi, seorang penulis skrip TV sejak 1982, telah memenangi Anugerah Persuratan untuk skrip TV, cerpen dan buku kanak-kanak. Di Pesta Perdana, beliau memenangi Anugerah Skrip Drama Terbaik dan Drama Khas Terbaik. Lirik lagu tulisannya yang berjudul "Titik Merah" memenangi pertandingan Liirik Baiik anjuran BH/BM. Skrip beliau yang berjudul "Gerimis Di Hati" dan "Terbelenggu" dipilih untuk dimasukkan ke dalam antologi MOE. Beliau juga merupakan mentor untuk Program Penulisan Mastera Bogor (2010) dan mewakili Singapura untuk Program Penulisan Antarabangsa Iowa (2016). Amanah juga pernah diundang sebagai ahli panelis untuk program-program SWF pada tahun 2017, 2018, dan 2021.

Amanah, a TV scriptwriter since 1982, has won Anugerah Persuratan awards for TV scripts, a short story, and a children's book. At Pesta Perdana, she won Best Drama Script and Best Special Drama. Her song "Titik Merah" won the Liriik Baiik competition. Her scripts "Gerimis Di Hati" and "Terbelenggu" were chosen for MOE anthologies. She mentored in Bogor's Mastera Writing Program and represented in Iowa's International Writing Program. She also served on SWF panels in 2017, 2018, and 2021.

Mohd Fuad Bin Salim

Moderator Mohd Fuad Bin Salim (Mohd Fuad Bin Salim) (Singapore)

Mohd Fuad Salim telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama lebih daripada dua dekad. Beliau berpengalaman mengajar subjek Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah menengah, maktab rendah dan institusi pengajian tinggi.  Beliau telah dianugerahi Guru Arif Budiman (Teladan) pada tahun 2021.

Beliau pernah terlibat dalam penghasilan program TV “Kuiz Cepat Tepat” anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) dan Mediacorp serta rancangan “Junction Tree”, sebuah program televisyen dwibahasa khusus untuk kanak-kanak prasekolah.

Mohd Fuad Salim has been involved in the field of education for more than two decades. He has extensive experience teaching Malay Language and Literature at secondary school, junior college and tertiary levels. In 2021, he was awarded the Arif Budiman (Role Model) Malay Language Teacher Award.

Fuad has also contributed to the development of the TV quiz program "Kuiz Cepat Tepat" organised by the Malay Language Learning and Promotion Committee (MLLPC) and Mediacorp, as well as the bilingual children's television program "Junction Tree," which is aimed at preschoolers.

Programme dates and times are subject to change.

Top